Panduan langkah demi langkah untuk ahli baru
Pendaftaran ahli baru dilakukan oleh pentadbir (admin) sahaja. Anda perlu menghubungi pentadbir untuk mendaftar.
Maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran:
Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan digunakan untuk tujuan tuntutan dan komunikasi.
Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel yang mengandungi:
E-mel: Alamat e-mel yang didaftarkan
Kata Laluan: Kata laluan akaun anda
Jika tidak menerima e-mel, sila semak folder Spam atau Junk. Anda juga boleh hubungi pentadbir untuk mendapatkan maklumat log masuk.
Gunakan e-mel dan kata laluan yang diterima untuk log masuk ke sistem.
Disarankan untuk menukar kata laluan anda selepas log masuk pertama melalui menu Profil untuk keselamatan akaun.
Selepas log masuk, anda akan dibawa ke Dashboard. Sila pastikan maklumat profil anda lengkap:
Pergi ke menu Profil di sidebar untuk mengemaskini maklumat anda.
Sila tambahkan semua ahli keluarga yang ingin dilindungi melalui menu Ahli Keluarga sebelum membuat pembayaran pelan khairat.
Pastikan maklumat Ketua Keluarga dan setiap ahli keluarga dilengkapkan termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Setiap pelan mempunyai kuota ahli percuma. Ahli yang melebihi kuota akan dikenakan kos anggota tambahan.
Penting: Pastikan semua ahli keluarga telah ditambah sebelum melanggan pelan khairat supaya invois yang dijana adalah tepat.
Setelah semua ahli keluarga ditambah, invois pendaftaran akan dijana. Anda perlu menjelaskan bayaran invois ini untuk mengaktifkan keahlian.
Cara Pembayaran:
BillPlz (Online)
FPX, Kad Kredit/Debit — pembayaran selamat dan automatik
Langkah: Dashboard → Klik "Bayar" pada invois → Anda akan dialihkan ke BillPlz → Selesaikan pembayaran
Selepas pembayaran berjaya, keahlian anda akan diaktifkan secara automatik. Anda kini boleh:
Hubungi pentadbir jika anda mempunyai sebarang pertanyaan